" F L O W E R "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Sebab Rusuhan JDT vs Pahang}
29 Mei 2013 | 10:30 PG | 3Comment

Salam Rabu korang,okay iqa johorean so mestilah tengok bola.Semalam tunggu punya tunggu tak start lagi.Okay entry ni sebenarnya tak da niat nak bergadoh so,kalau ada fan pahang yang baca Iqa mintak maaf kalau entry ini menyakitkan hati .Hehehe.
Masa nak start game semalam,lambat 30 minit akibat fans pahang yang duduk kat trek.
Fan JDT masih bersabar.Fans pahang terpaksa duduk ditrek padang dengan alasan kapasiti stadium penuh!What? macam mana boleh penuh?ULAT TIKET patut bersalah.Jual tiket sampai tak muat stadium.Iqa tabik kat Sultan Pahang yang turun untuk menenangkan penyokong Pahang :D .Teguhnya orang kita kerana Sultan.
Setelah beberapa minit.Pihak yang terlibat mencuba sedaya upaya agar fans tidak berada ditepi padang.
setelah dipastikan selamat(arhh penatlah cakap bahasa wartawan) then dia(pengacara tv)games dah boleh start.Iqa dah bersemangat nak tengok bola.Then tetiba ada kejadian baling-membaling batu didalam stdium dan baling botol diluar stadium.Sebenarnya tak pasti siapa yang baling ke JDT Fans.
okay nampak sangat ta matang!agak-agaklah kan ,kita nak main bola bukan nak main baling-baling.Kejadian ini telah menyebabkan penyokong JDT keluar dari tempat duduk untuk mengelak hujan batu.
so,kepada fan pahang tak payah nak salahkan JDT.Dan JDT tak payah nak besar-besarkan perkara yang ini.Benda dah nak jadi,kita hanya perlu bersabar.Semalam Fan JDT tidak pulang lagi,selepas siaran live ditamatkan kerana Fan Pahang buat kecohkan luar stadium.
Penyokong JDT terpaksa menunggu kedatangan PDRM untuk escort penyokong ke IPK.Dua bas JDT telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
dan satu lagi Iqa nak bagitahu.Iqa TABIK gila kat TMJ kami.

semalam kami yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama pergi ke Stadium Pahang sana hanya mampu berdoa.


Iqa kesian dekat orang johor yang datang dari jauh ,berhabis duit untuk JDT.tetapi hanya dapat melihat rusuhan yang berlaku.Apa-apa pon kedua-dua penyokong tidak bersalah.Yang salah ialah cara management stadium yang menjual tiket sampai terlebih -.- .Ini pula kata orang pahang.


okay stop sampai disini,apa-apa pon kita tunggun keputusan FAM pukul 5 ptg ini.Maaf kutuk mengutuk tidak dibenarkan di entry ini.Hanya pendapat yang akan dicomfirmkan :D .Jangan gaduh-gaduh kitakan rakyat Malaysia .

Label: ,